Gagasan Badan Ekonomi Melayu

Gagasan Badan Ekonomi Melayu atau singkatannya GABEM ialah sebuah entiti yang ditubuhkan oleh Majlis Tertinggi UMNO. GABEM dilancarkan pada 6 Jun 2006 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur oleh Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pengerusi pertamanya ialah Tan Sri Rahim Thamby Chik.Perdana Menteri telah melantik Tan Sri Rahim Thamby Chik, sebagai Pengerusi GABEM dan perlantikan 24 Ahli Majlis Perundingan dan 24 Ahli Majlis Permuafakatan. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak, Timbalan Presiden UMNO semasa melancarkan Majlis GABEM Selangor pada 14 April 2007 mengisytiharkan GABEM sebagai "sayap ekonomi UMNO".